(Root) 2009331_65813.gif   

 BUDAYA MELAYU PATTANI(Root) 2009331_11742.jpg

 
 

Ketupat Plas
 
 (Root) 2009331_14596.jpg
 
 
 

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pohon palas sebagai pembungkusnya. Berbeda dari ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, ukuran, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk segi empat ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk segi tiga. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeda. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.

Di kalangan penduduk Patani, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membedakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih di bagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, ukurannya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih di bagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.

Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

 
 
 

Budu

 
 (Root) 2009331_15600.jpg
 

Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Patani dan dipasarkan juga di Malaysia. Budu diproses dari ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti cabai, durian, ikan bakar tawar, mangga dan air perahan jeruk nipis.
 
 

Laksa


 

(Root) 2009331_20617.jpg


Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Patani. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.





Tepung Bungkus

 

(Root) 2009331_21277.jpg


Tepung bungkus merujuk kepada sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang.

 

 

wordpess logo

 
           
           
           
           
ติดต่อเรา
ชื่อของคุณ
อีเมลของคุณ
เบอร์โทรของคุณ
เรื่องที่ติดต่อ
ข้อความ
Verify Code

แสดงกระทู้ล่าสุด  
อ่านทั้งหมด ...
Advertising Zone    Close

ด้วยความปราถนาดีจาก "สยามทูเว็บดอทคอม" และเพื่อป้องกันการเปิดเว็บไซต์เพื่อหลอกลวงขายของ โปรดตรวจสอบร้านค้าให้แน่ใจก่อนตัดสินใจซื้อของทุกครั้งนะคะ    อ่านเพิ่มเติม ...